26 Disember lalu ialah hari ulang tahun ke-14 tsunami dahsyat di Lautan Hindi. Provinsi Aceh, kawasan yang paling teruk terjejas tsunami itu mengadakan aktiviti berdoa untuk memperingati ulang tahun itu semalam.
Lebih 10 ribu orang berhimpun di pekan Peukan Bada sejak awal pagi. Kira-kira 12 ribu orang di pekan tersebut maut akibat tsunami itu.
Pemangku Gabenor Aceh, Nova Iriansyah meminta penduduk turut berdoa untuk mangsa yang maut akibat bencana tsunami di Selat Sunda baru-baru ini.
Tsunami dahsyat yang berlaku pada 26 Disember 2004 meragut lebih 23 ribu nyawa di Indonesia.