Polis Indonesia bakar 800 kg ganja, methamphetamine

2018-12-29 16:00:08  CRI
Share with:

Polis Indonesia membakar timbunan ganja seberat 800 kilogram (kg) serta 19 kilogram methamphetamine yang dirampas dalam serbuan tahun ini di wilayah Aceh di sini.

Pada masa sama, lima suspek dadah berpakaian baju oren penjara dipertontonkan sepanjang upacara itu.

Wilayah Aceh yang terletak di hujung pulau Sumatera secara terbuka merotan penjenayah yang melakukan kesalahan terdiri daripada berjudi, minum arak serta mengadakan hubungan seks sesama jenis atau berzina.

Bulan ini, lima rakyat asing ditahan di Bali kerana menyeludup dadah dengan seorang warga Jerman dan Peru berdepan hukuman mati jika disabitkan.

--Sumber dari Berita Harian 

胡星