Gempa Dahsyat Gegar Filipina

2018-12-29 15:59:59  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter melanda perairan di selatan pulau Mindanao, Filipina pagi tadi. 

Setakat ini, belum ada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Davao, bandar paling besar di selatan Filipina merasai gegaran ketara selama kira-kira 15 saat. 

Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina mengklasifikasikan gempa berkenaan sebagai gegaran tektonik. Kemungkinan berlaku gempa susulan tidak diketepikan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula menyatakan terdapat kemungkinan berlakunya tsunami di sesetengah lokasi di Lautan Pasifik.

徐国玮