Jokowi Tinjau Lagi Kawasan Bencana

2019-01-03 11:50:20  CRI
Share with:
Presiden Indonesia, Joko Widodo tiba di Lampung, tenggara Sumatera untuk meninjau kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami Selat Sunda, diiringi beberapa anggota kebinet.

Ini merupakan kali kedua beliau menjejak kaki ke kawasan tersebut menyusuli tinjauan di Banten tiga hari selepas berlaku bencana.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam sidang akhbar di Jakarta semalam memaklumkan, angka kematian ekoran tsunami mencatat 437, sementara 14,075 cedera dan 10 masih hilang. 36,923 kehilangan tempat tinggal.

429 mangsa yang terkorban telah dikebumikan, lapan lagi belum dikenal pasti identiti.

Tsunami pada 22 Disember lalu turut menghancurkan 2,752 bangunan, 92 hotel dan kedai, 510 kapal dan bot serta 147 kenderaan.
张弘