Malaysia Kekal Hubungan Baik dengan China

2019-01-04 12:00:39  CRI
Share with:

Malaysia sentiasa mengekalkan perhubungan dan bersahabat dengan China.

Dalam temu bual bersama Harian Sin Chew pada 1 Januari, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah berkali-kali bersuara untuk mempertahankan nama China termasuk ketika menghadiri forum di Jepun. 

Mengenang kembali sejarah, beliau menyatakan Portugis yang datang  dari tempat sejauh 8,000 batu mula menjajah dua tahun selepas tiba di Tanah Melayu. Namun, China yang sentiasa di sisi tidak pernah berbuat sedemikian. 

Maka beliau mengajukan soalan, siapakah yang sepatutnya ditakuti?

张哲