Ekonomi Indonesia Dijangka Tumbuh 5.15%

2019-01-04 15:04:31  CRI
Share with:

Ekonomi Indonesia dijangka mencatat pertumbuhan pada kadar 5.15% pada tahun lepas, lebih rendah daripada sasaran 5.4% yang ditetapkan dalam bajet negara.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati berkata, meskipun ekonomi global merosot, Indonesia masih mengekalkan momentum baik dengan pertumbuhan yang dianggap memuaskan. Penggunaan isi rumah, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan antara penjana utama pertumbuhan ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi pada tahun lepas memberi impak langsung kepada peluang kerja dan kehidupan rakyat.

Kadar pengangguran seluruh negara mencatat 5.34%setakat Ogos, sementara kadar kemiskinan 9.82% menurut anggaran pada lima bulan sebelumnya.

Indrawati percaya, kebajikan awam akan terus bertambah baik hasil pembangunan ekonomi yang sihat.

Beliau bagaimanapun menyatakan import dan eksport negara dikekang kemerosotan perdagangan global.

张哲