Malaysia Mahu Ceburi Industri Pembuatan Tren

2019-01-05 16:36:41  CRI
Share with:
Malaysia berhasrat untuk menceburi industri pembuatan tren dengan sokongan pengeluar tren terbesar China, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke kelmarin.

Beliau berkata beliau mengalu-alukan pelaburan daripada China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) untuk merealisasikan rancangan itu yang dapat menyaksikan Malaysia menjadi hab pembuatan tren ASEAN.

"Saya mempelawa mereka (CRRC) untuk menambah lagi pelaburan di Malaysia bagi meningkatkan keupayaan dan menjadikan kilang pemasangan Malaysia sebagai hab rantau ASEAN. Pada masa ini, mereka mempunyai kapasiti memasang 200 tren setahun di sini untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun dengan pembesaran itu, mereka boleh menggandakan pengeluaran."

(Sumber dari BERNAMA)
张弘