Sistem Monetari Malaysia Sihat, Stabil

2019-01-06 14:06:20  CRI
Share with:

Sistem perbankan negara memiliki jumlah kecairan yang mencukupi manakala sistem monetari pula dalam keadaan sihat dan stabil, kata Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara mampan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Kata beliau, Malaysia masih mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi iaitu pada RM22.7 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat September 2018 dan imbangan akaun semasa negara juga dijangka terus kekal positif untuk tahun ini.

(Sumber dari BERNAMA)

张弘