2019 Tahun Mencabar untuk Ekonomi Malaysia

2019-01-06 14:09:32  CRI
Share with:

Tempoh 2019 akan menjadi tahun mencabar bagi ekonomi Malaysia berikutan impak faktor luaran termasuk pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berlanjutan, kebimbangan geopolitik di Timur Tengah, pelaksanaan monetari global yang lebih ketat serta ketidaktentuan harga minyak.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata ini akan menyebabkan ekonomi Malaysia terutamanya pasaran saham tidak terkecuali daripada impak faktor tersebut.

Namun, beliau sebaliknya optimis dengan keupayaan ekonomi negara untuk kekal pada haluan pertumbuhan yang stabil, didorong oleh permintaan luaran serta domestik.

(sumber dari BERNAMA)

张弘