Kota Bangkok yang biasanya memberi impresi landskap indah dan udara bersih diselubungi jerebu teruk baru-baru ini, membangkitkan kebimbangan orang awam.
Sejak awal pagi semalam, pihak berkuasa Thailand telah mengeluarkan amaran tahap pencemar PM2.5 yang "sangat buruk" bagi seluruh Greater Bangkok. Penduduk tempatan menggesa kerajaan menggubal undang-undang untuk mengehadkan pelepasan asap dan asbut dengan secepat mungkin.
Menurut pemantauan, tahap PM2.5 dalam udara di banyak kawasan setempat telah melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram (mcg) per meter padu yang ditetapkan oleh kerajaan. Kepekatan PM2.5 di jalan-jalan utama Bangkok mencecah 60 hingga 81 mcg, manakala di lorong-lorong pula 49 hingga 79 mcg.
Jabatan perlindungan alam sekitar melihat cuaca dan ketiadaan angin kebelakangan ini sebagai punca jerebu. Namun, ada juga yang berpandangan bahawa pelepasan gas ekzos serta pembakaran sampah dan rumput adalah penyebab utamanya.