Raja Kemboja, Norodom Sihamoni dalam perutusan tahniah sempena Sidang Tahunan Forum Parlimen Asia Pasifik (APPF) ke-27 di Siem Reap, menyeru negara-negara Asia Pasifik berganding bahu untuk menangani cabaran mendatang demi keamanan, kebebasan, demokrasi dan kemakmuran.
Raja Sihamoni menyatakan, Kemboja amat bangga menjadi tuan rumah sidang tahunan yang memberi kesempatan kepada peserta untuk membincangkan isu-isu antarabangsa, berkongsi pendapat dan mencari penyelesaian bagi masalah dan cabaran pada abad ke-21 ini.
Beliau berkata, hubungan antarabangsa sedang memasuki era baharu. Tata tertib multipolar berdepan cabaran yang saling berkaitan dan rumit. Maka, adalah mustahak bagi satu platform kerjasama dan dialog antarabangsa dibentuk untuk menangani masalah termasuk perubahan iklim, bencana alam, kemiskinan, dan ketaksamaan.
Ujarnya, perkongsian antarabangsa yang lebih kuat adalah perlu untuk mengkaji trend yang memberi kesan kepada rantau Asia Pasifik, bagi membolehkan matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadi kenyataan.