Gempa berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Nusa Tenggara Timur, Indonesia tengah hari semalam waktu tempatan.
Tiada laporan kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda setakat ini.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, pusat gempa di perairan 120 kilometer barat laut Pulau Sumba pada kedalaman kira-kira 10 kilometer.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. Penduduk tempatan diingatkan berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gegaran susulan.