Jawatankuasa Kerjasama Teknologi Kewangan, Persatuan Kerjasama Kewangan Asia (AFCA) ditubuhkan di Singapura semalam, dalam satu majlis yang diadakan serentak dengan Forum Teknologi Kewangan Antarabangsa 2019.
Penubuhan jawatankuasa tersebut membuka pintu untuk kerjasama lebih luas antara anggota AFCA dalam bidang berkenaan.
Setiausaha Agung AFCA, Yang Zaiping menyatakan sejarah perkembangan kewangan bukan sahaja catatan inovasi, malah merekodkan kemajuan manusia dalam sains dan teknologi. Dalam proses tersebut, China mendahului negara lain terutamanya dalam teknologi pembayaran mudah alih. Berdepan kemajuan begitu pesat, China juga sedang meneroka mod kawal selia sendiri.
Hampir 150 wakil dari Singapura, Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kazakhstan, Filipina, Britain, AS dan China menghadiri majlis tersebut.