Kerajaan Thailand Rumuskan Prestasi Kerja 2017-2018

2019-02-02 15:21:49  CRI
Share with:

Misi utama kerajaan adalah menjamin kesejahteraan negara, menghilangkan percanggahan pendapat dalam masyarakat, memacu pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula order sosial.

Demikian ditegaskan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha ketika membentangkan laporan kerja kerajaan tahunan 2017-2018 dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Bangkok semalam.

Prayuth berkata, kejadian kekerasan di kawasan sempadan bahagian selatan semakin berkurang secara berterusan atas usaha kerajaan dalam penyelesaian isu keselamatan di kawasn tersebut sepanjang tahun lalu.

Di samping itu, isu pemerdagangan manusia rentas sempadan serta kegiatan menangkap ikan secara haram juga diredakan melalui usaha kerajaan.

Dari segi ekonomi, beliau berkata, kadar pertumbuhan ekonomi mencapai 4.2% pada tahun lepas, manakala peningkatan eksport dijangka akan mencatat 7.3% pada tahun ini.

周乔西