Pasaran Antarabangsa Yakin Kredit Indonesia

2019-02-12 14:19:38  CRI
Share with:

Situasi pelaburan asing di Indonesia kekal stabil pada 2018, sementara liabiliti dalam mata wang asing lebih tinggi daripada aset, dan aliran masuk modal asing terutamanya pelaburan langsung asing (FDI) menampakkan momentum baik.

Bank pusat Indonesia dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, nilai keseluruhan bon kredit yang diterbitkan mencatat RP28.2 trilion (RM8.2 bilion), lebih tinggi berbanding dengan RP15 trilion (RM4.3 bilion) yang diunjurkan. Ini mencerminkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kredit Indonesia.

Bank tersebut percaya suasana pelaburan di Indonesia akan bertambah baik pada tahun ini, berkat pemulihan ekonomi serta pelaksanaan dasar pembaharuan ekonomi melibatkan aspek fiskal, kewangan dan struktur.

徐国玮