Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam ucapannya pada tahun 2017 menegaskan bahawa dasar pintu terbuka China akan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk menggalakkan kebebasan dan kemudahan perdagangan serta pelaburan.
Pada Januari lepas, Tesla melancarkan kilang pertamanya di luar Amerika Syarikat (AS) di kawasan pelabuhan Shanghai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 500 ribu buah kereta elektrik setahun, sekali gus menjadi projek pembuatan pelaburan asing yang terbesar di Shanghai.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menyatakan bahawa tanpa sokongan kerajaan Shanghai, kilang Tesla di Shanghai tidak mungkin berkembang pesat dan beliau turut yakin ia akan menjadi antara kilang terbaik di dunia.
Untuk rekod, jumlah pelaburan asing di kawasan pelabuhan Shanghai pada tahun 2018 meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2017.
Sejak dirasmikan pada 2013, Zon Perdagangan Bebas Shanghai yang juga zon perdagangan bebas yang pertama di China telah mempromosikan sejumlah 127 hasil inovasi ke seluruh negara.
Hasil kejayaan penerapan sifat keterbukaan Shanghai itu secara tidak langsung membuktikan kemampuan bandar ini untuk bersaing di arena antarabangsa.
Presiden Kumpulan ABB, Ulrich Spiesshofer berkata pihaknya berpeluang memperkenalkan teknologi automatik dan kecerdasan buatan (AI) ke Shanghai yang akan turut membantu bandar itu untuk menerajui industri tersebut.
Pada tahun 2015, Xi Jinping telah meminta usaha mentransformasi Shanghai untuk menjadi pusat inovasi sains dan teknologi global yang berpengaruh dipercepatkan.
Hasil penyelidikan sains dan teknologi termasuk ubat anti-kanser secara tidak langsung memperlihatkan kemajuan Shanghai dalam bidang itu.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah SHHIC, Zhang Suxin, Presiden Xi Jinping telah menyatakan pembangunan industri litar bersepadu adalah penting dan menuntut SHHIC untuk mendapatkan paten bagi memelihara hak ciptanya.
Pentadbiran masyarakat sering menjadi tumpuan Presiden Xi Jinping.
Menurutnya, keadah pentadbiran masyarakat yang bersesuaian amat berkait rapat dengan prospek pembangunan Shanghai sebagai bandar metropolitan.
Katanya, pentadbiran komuniti yang inovatif juga akan membuka lebih banyak peluang bagi kumpulan-kumpulan elit lain untuk turut sama berkhidmat kepada orang awam.
Naib Ketua Setiausaha Bandar Shanghai, Ma Chunlei berkata, nasihat Presiden Xi akan menjadi pemangkin dalam pembangunan Shanghai.
Tambah Ma, dasar pembaharuan dan pintu terbuka harus dikekalkan bagi menggalakkan pembangunan di Shanghai.