Manfaatkan 5G, Majukan Strategi Negara

2019-02-14 15:40:32  CRI
Share with:

Thailand akan memanfaatkan jaringan telekomunikasi mudah alih generasi kelima (5G) untuk menggalakkan pelaksanaan strategi "Thailand 4.0" dan pembangunan Koridor Ekonomi Timur (EEC).

Pada masa ini, beberapa pembekal perkakasan telekomunikasi antarabangsa termasuk Huawei sedang menguji teknologi 5G di Thailand. Kos setiap produk sedang dibandingkan dengan prestasinya, bagi memastikan penggunaan sepenuh teknologi komunikasi wayarles 5G dapat direalisasikan di negara itu menjelang 2020.

Menteri Ekonomi Digital dan Sosial Thailand, Pichet Durongkaverote memaklumkan bahawa platform ujian 5G yang dibekalkan oleh Huawei telah dilancarkan di Chon Buri pada 8 Februari, yang pertama bagi syarikat itu di Asia Tenggara.

胡星