Jabatan Imigresen Thailand mengadakan upacara pelancaran sistem visa ketibaan elektronik yang baharu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi semalam. Sistem ini bagi memudahkan perjalanan pelancong asing ke negara itu termasuk pelancong China.
Jabatan Imigresen Thailand telah melancarkan sistem visa ketibaan elektronik baharu kepada pelancong dari 21 negara dan wilayah pada 14 Februari lalu. Pelancong boleh melayari laman web thailandevoa.vfsevisa.com untuk memohon visa ketibaan. Namun pelancong yang memiliki visa elektronik tersebut hanya dibenarkan masuk dari labangan terbang Don Mueang, Suvarnabhumi, Chiang Mai dan Puket.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Thailand, Surachet Hakpal menyatakan dalam upacara perasmian bahawa beliau berharap lebih ramai pelancong asing memohoh visa ketibaan elektronik kerana ia dapat memendekkan masa kelulusan di lapangan terbang.