Calon Presiden Indonesia Debat Pusingan Kedua

2019-02-18 16:16:03  CRI
Share with:
Dua calon presiden mengadakan perdebatan pusingan kedua bagi pilihan raya umum Indonesia 2019, malam semalam.

Dalam masa lebih dua jam, calon pertama, Joko Widodo dan calon kedua, Prabowo Subianto yang telah dua kali bertanding, mengemukakan saranan masing-masing mengenai pelbagai aspek pentadbiran termasuk pembangunan infrastruktur, mampu diri makanan, keselamatan tenaga dan perlindungan alam sekitar.

Kedua-dua calon juga saling mengajukan pertanyaan.
张哲