Indonesia Bida Anjur Olimpik 2032

2019-02-20 13:18:24  CRI
Share with:

Indonesia membuat bidaan untuk  menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032, selepas menganjurkan Sukan Asia 2018 dengan jayanya. 

Jawatankuasa Olimpik Indonesia dalam kenyataan semalam memaklumkan, Duta Besar Indonesia ke Switzerland telah menyerahkan surat permohonan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach minggu lalu. 

Pegawai IOC berkata, Indonesia telah bersiap sedia untuk menjadi hos temasya itu dan memerlukan sokongan seluruh rakyatnya serta masyarakat antarabangsa.

梁靓