Pemeran Barang Kemas Antarabangsa Bangkok ke-63 berlangsung pada 20 hingga 24 Februari, membawa pesona budaya dan kehalusan teknik pemprosesan perhiasan berharga Thailand kepada dunia.
Lebih 800 pengeluar dan pengeksport dari Thailand, China, Jepun, India dan Itali memanfaatkan 2,000 gerai pameran yang tersedia untuk mempromosikan produk berkualiti tinggi.
Pegawai Kementerian Perdagangan Thailand menyatakan bahawa pihaknya mahu meningkatkan daya saing produk domestik sambil membangunkan negara sebagai pusat perdagangan barang kemas sedunia. Pameran tersebut menyediakan wadah untuk pedagang sekali gus membuka saluran perdagangan bagi syarikat tempatan.
Naib Menteri Perdagangan Thailand, Chutima Bunyapra Phasara pula berkata, pasaran bertaraf tinggi di negara-negara ASEAN, Asia Selatan dan China menjadi tumpuan pembangunan industri berkenaan Thailand.