Sahut Seruan: Guangxi Giat Bangunkan Laluan Antarabangsa

2019-02-25 15:56:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_gg2

Sempena persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) diadakan pada Mac 2015, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping telah menghadiri sesi perbincangan delegasi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. Xi mahu Guangxi meningkatkan pembinaan pola keterbukaan baharu, di samping memperkasakan usaha pembasmian kemiskinan . 

图片默认标题_fororder_gg1
 

Kereta api ke-1,200 memasuki Stesen Kereta Api Pelabuhan Qinzhou Guangxi baru-baru ini. Stesen yang baru beroperasi selama empat tahun ini telah menjadi sebahagian nadi penting dalam jaringan pengangkutan yang menyambungkan China dengan ASEAN.

Xi Jinping ketika menghadiri sesi perbincangan wilayah Guangxi menegaskan bahawa seiring dengan pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kedudukan Guangxi semakin penting dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Wilayah itu mempunyai peluang perkembangan yang amat penting. 

图片默认标题_fororder_gg3
 

Laluan pengangkutan laut telah diwujudkan antara Teluk Beibu Guangxi dengan lebih 100 negara dan wilayah. Kapasiti pengendalian kargo oleh pelabuhan di wilayah Guangxi mencecah 200 juta tan setahun. 

Kebanyakan wilayah Guangxi ialah kawasan pergunungan, dan ini antara faktor yang menghalang peningkatan pendapatan golongan petani. Pada awal tahun 2015, terdapat lebih lima juta penduduk hidup dalam kemiskinan. Xi Jinping menuntut kerajaan tempatan Guangxi memperhebat usaha membasmi kemiskinan agar tiada satu pun etnik atau kawasan tertinggal. 

徐国玮