Kemboja Usaha Tarik Lebih Ramai Pelancong Asing

2019-02-26 11:51:20  CRI
Share with:

Kemboja menarik kedatangan 6.2 juta pelancong asing pada tahun lepas, meningkat 10.7% berbanding tahun sebelumnya. Antaranya, pelancong China paling banyak iaitu kira-kira dua juta.

Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khon dalam ucapan sempena Hari Bandar Bersih Negara ke-7 semalam berkata, pendapatan sektor pelancongan Kemboja pada 2018 meningkat 19.8%. 

Pada tahun ini, jumlah pelancong asing ke Kemboja dijangka mencatat 6.8 juta. Sasaran jangka panjang negara itu adalah untuk menaikkan angka berkenaan kepada 15 juta menjelang 2030.

Perdana Menteri Hun Sen menyatakan bahawa sektor pelancongan telah memberikan sumbangan penting kepada usaha Kemboja membangunkan ekonomi, mencipta peluang kerja dan membasmi kemiskinan. Kerajaan melihat sektor tersebut sebagai "emas hijau". 

Beliau turut menyeru rakyat Kemboja menjaga kebersihan bandar agar menarik lebih ramai pelancong asing.    

曹捷