Sahut Seruan: Sichuan Pergiat Usaha Basmi Kemiskinan

2019-03-01 15:40:13  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika menghadiri sesi perbincangan delegasi provinsi Sichuan sempena sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 pada Mac 2017 menyatakan bahawa Sichuan perlu mempergiat usaha membasmi kemiskinan, di samping mengekalkan pertumbuhan yang stabil, menggalakkan pembaharuan, mengubahsuai struktur pembangunan, membaiki kehidupan rakyat dan mengawal risiko.

Provinsi Sichuan berusaha gigih untuk membangunkan sosioekonomi dan mencapai kemajuan yang besar.

图片默认标题_fororder_四川1

Baru-baru ini, Sichuan mengumumkan prestasi pembasmian kemiskinan terkini: sebanyak 1.04 juta penduduk miskin dan 3,513 kampung miskin terlepas daripada belenggu kemiskinan pada tahun 2018.

Untuk menjayakan misi ini, Sichuan mengambil 22 tindakan khas yang meliputi bidang pembangunan prasarana, pendidikan, perindustrian, penawaran peluang kerja dan lain-lain. Selain itu, setiap satu kampung miskin sebanyak 11,501 kampung diaturkan seorang pegawai kerajaan provinsi sebagai pengantara, satu badan bantuan, satu kumpulan kerja, seorang setiausaha pertama, seorang juruteknik pertanian sebagai pembantu.

图片默认标题_fororder_四川2

Kampung Huopu, yang terletak di Kaunti Zhaojue, kawasan Daliangshan merupakan sebuah miskin tipikal di Sichuan. Petani tempatan dijangka akan memperoleh pendapatan lebih RMB1 juta (RM629 ribu) melalui penanaman cendawan seluas 1.34 hektar pada tahun ini selain daripada industri penanaman ubi kentang. Ramai petani kampung Huopu telah membeli perabot moden untuk membaiki kehidupan.

Kampung Zhanqi, yang terletak di Chengdu, provinsi Sichuan menubuhkan Institut Latihan Pembangunan Kampung yang mampu memberikan latihan kepada 2,000 orang bagi memupuk tenaga manusia di kampung berkenaan.

Sekarang, jumlah penduduk miskin di Sichuan telah menurun kepada 710 ribu sehingga penghujung tahun 2018 daripada 2.72 juta pada penghujung tahun 2016.     

图片默认标题_fororder_四川3

 

胡星