Anggota CPPCC Tumpukan Isu Pembasmian Kemiskinan

2019-03-03 14:46:09  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124184987_15515200700381n


Jurucakap Persidangan kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-13, Guo Weimin di Beijing semalam menyatakan, dalam tempoh setahun yang lalu, pihaknya dengan aktif mengeluarkan cadangan kepada kerajaan mengenai isu pembasmian kemiskinan, pencegahan pencemaran, ekonomi swasta dan pembaharuan perubatan.

Guo berkata, Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC telah mengadakan mesyuarat khas mengenai pembasmian kemiskian. Sebelum itu, enam Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC masing-masing mengetuai rombongan yang melibatkan penyertaan anggota dari empat buah suruhanjaya khas, bertolak ke 34 buah kaunti miskin di enam buah provinsi dan wilayah autonomi untuk menjalankan tinjauan. Dalam tempoh setahun yang lalu, para anggota CPPCC telah menyerahkan 233 buah usul mengenai pembasmian kemiskian dan kesemuannya telah diterima dan ditangani, dan banyak daripadanya turut memainkan peranan yang positif dalam tindakan berkenaan.

图片默认标题_fororder_1124184987_15515200700591n

 

Ketika membicarakan pembangunan ekonomi swasta, Guo berkata, banyak anggota CPPCC yang datang dari syarikat swasta menganggap, seiring dengan pelbagai langkah kerajaan dilaksanakan, mereka dapat menyaksikan keazaman kerajaan pusat untuk menyokong pembangunan syarikat swasta.

曹捷