Pencapaian CPPCC Cemerlang

2019-03-03 14:33:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124184987_15515200700131n

Sidang media pertama bagi Persidangan Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-13 telah diadakan di Beijing semalam. Jurucakap persidangan itu, Guo Weimin menyatakan, di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang diketuai Xi Jinping yang konsisten, CPPCC giat mendorong kerja inovatif, meningkatkan pembinaan sistem dan perancangan jangka masa panjang, memainkan peranan sebagai badan permesyuaratan, menjalankan usaha dalam bidang pencadangan dan pencarian persefahaman sehingga menunjukkan pencapaian yang cemerlang.

图片默认标题_fororder_1124184987_15515200700381n

 

Guo memaklumkan, CPPCC memilih menjalankan cara yang inovatif untuk para anggota dalam pelaksanaan tugas mereka, iaitu membolehkan para anggota CPPCC menjalankan perbincangan melalui platform mudah alih yang terbukti boleh membawa hasil yang amat baik. Dalam tempoh persidangan tahun ini, para anggota akan menjalankan perbincangan mengenai laporan kerja dan usul-usul berkenaan melalui platform itu.

Ketika membicarakan pelaksanaan tugas para anggota CPPCC, Guo berkata, Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-13 telah mengeluarkan langkah-langkah baharu termasuk menuntut setiap anggota menyerahkan laporan kerja setiap tahun yang akan difailkan dalam arkib, dan menganjurkan kursus berkenaan untuk kumpulan anggota yang berlainan.

曹捷