CPPCC Sumbangkan Kebijaksanaan Bagi Pembangunan Negara

2019-03-04 21:00:06  CRI
Share with:

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) diadakan pada Mac setiap tahun. Kedua-dua persidangan ini bukan sahaja masa penting untuk merancang pembangunan negara bagi tahun ini, malah juga jendela bagi negara-negara asing untuk mengenali dan memahami negara China.

CPPCC, badan penasihat politik negara ini, sentiasa memainkan peranan istimewa dalam menggabungkan tenaga dari dalam dan luar negeri bagi menyumbangkan kebijaksanaan terhadap pembangunan negara dalam 70 tahun lalu. 

China negara yang berpopulasi paling banyak di dunia. Menjadikan impian kebangkitan nusa dan bangsa China kenyataan, hasrat bersama 1.4 bilion rakyat negara ini. CPPCC, salah sebuah badan penting dalam sistem kerjasama pelbagai parti dan mesyuarat politik di bawah pimpiman Parti Komunis China (PKC), bersungguh-sungguh melaksanakan musyawarah politik secara demokratik, di samping memainkan peranan penting dalam menggembleng tanaga bagi mempergiat pembangunan negara. 

Perpaduan dan demokrasi ialah dua tema utama bagi CPPCC. Anggota CPPCC berasal daripada pelbagai lapisan dan kalangan masyarakat. Contohnya, antara lebih 2,000 anggota Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 CPPCC, 39.8% daripada mereka ialah anggota PKC, manakala 60.2% mereka berasal dari parti-parti bukan Komunis, persekutuan perindustrian dan perdagangan kebangsaan, tokoh-tokoh tidak berparti, wakil-wakil dari Hong Kong dan Makau, perwakilan etnik minoriti, agama dan sektor budaya dan sukan. Selain itu, ramai anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ialah golongan elit dari pelbagai kalangan. Anggota CPPCC tahun ini termasuk 105 orang Ahli Akademik dari Akademi Sains China dan Akademi Kejuruteraan China. Mereka mampu mengemukakan cadangan yang berkualiti tinggi.

Menurut statistik, anggota Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 CPPCC telah mengemukakan 5,360 cadangan selepas sidang pertama diadakan tahun lalu, 99.2% daripada cadangan tersebut telah diselesaikan.

Presiden China, Xi Jinping menekankan bahawa "hati rakyat ialah politik yang paling besar, manakala konsensus ialah pendorong pembangunan". CPPCC menggalas misi yang berpaksikan rakyat, menggalakkan penambahbaikan kesejateraan rakyat dan kemajuan sosial, menjadi saluran penting bagi menyatukan seluruh rakyat di negara ini. CPPCC telah menghantar kumpulan kerja ke pelbagai tempat di seluruh negara untuk menjalankan peninjauan dan mengemukakan cadangan pratikal yang melibatkan pendidikan, perubatan, jaminan sosial dan pembaikan alam sekitar.

Tahun ini ialah ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, dan juga ulang tahun ke-70 CPPCC. Sejarah membuktikan bahawa CPPCC telah memberikan sumbangan yang signifikan bagi pembangunan negara dalam 70 tahun lalu.

王瑾