Xi: Berbakti kepada Rakyat dengan Karya Cemerlang

2019-03-05 09:38:11  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_CqgNOlx84pGANicqAAAAAAAAAAA465.1062x598.840x473


Ketibaan musim bunga pada bulan Mac juga menandakan bermulanya tempoh "dua persidangan" di China, iaitu sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).
 
Pada petang 4 Mac, Xi Jinping telah menziarahi anggota lingkungan budaya, seni dan sains sosial yang menghadiri Sidang ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 CPPCC. Beliau menyertai sesi perbincangan mereka, mendengar cadangan dan pandangan mereka, selain membuat penekanan tentang pembangunan senibudaya. 

Xi menegaskan bahawa pengkarya dalam bidang-bidang tersebut perlu melahirkan ciptaan yang bermutu tinggi demi rakyat. Semua karya sastera dan artistik serta penyelidikan akademik hendaklah mencerminkan realiti, juga perlu kondusif bagi menyelesaikan masalah praktikal. Cetusan minda pengkarya haruslah menyemarakkan semangat, nilai dan kekuatan China, hingga memperkaya konotasi dan nilai artistik hasil berkenaan.

Beliau menyatakan bahawa sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu. Pengkarya perlu menghasilkan ciptaan yang merekodkan, meriwayatkan dan memuji era baharu ini umpama potret dan biografi yang mengabadikan nilai sezaman.

Tambahnya, tahun ini ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC). Sepanjang tujuh dekad lalu, China mengalami perubahan yang sungguh besar. Biar bagi sejarah negara China mahupun dunia, perjuangan China selama ini diibaratkan epik yang menyentuh perasaan.

Mereka yang berkecimpung dalam bidang senibudaya diharap dapat menyemai renungan pengalaman perjuangan Parti Komunis China (PKC) dan seluruh rakyat dalam masa 70 tahun lalu, di samping menghuraikan jalan, teori, sistem, keunggulan budaya di sebalik kejayaan tersebut, sebagai insentif untuk nusa dan bangsa terus mengorak langkah ke hadapan.

王瑾