Persidangan Tahunan NPC Dirasmikan, Kerajaan Umumkan Pelan Pentadbiran 2019

2019-03-05 13:33:08  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_likeqiangrenda0305

Perdana Menteri, Li Keqiang ketika membentangkan laporan kerja kerajaan pada majlis perasmian Sidang Ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-13 berkata, China menetapkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6%-6.5% bagi tahun ini. Momentum pertumbuhan ekonomi China akan kekal kukuh dalam jangka panjang walaupun pembangunan negara berdepan suasana lebih mencabar pada tahun ini.

Li Keqiang berkata, China turut menyasarkan  lebih 11 juta peluang pekerjaan baharu ditawarkan di bandar dan luar bandar sepanjang tahun ini.

Menurut Li, pada tahun ini, China akan meningkatkan usaha dalam menarik pelaburan asing dengan langkah-langkah termasuk terus memperluas akses pasaran, mengurangkan senarai negatif terhadap akses pasaran pelaburan asing, dan mengizinkan lebih banyak sektor domestik menerima pelabur asing mengendalikan operasinya secara perseorangan.

Serentak itu, melaksanakan pembaharuan dan keterbukaan sektor kewangan, menyempurnakan dasar keterbukaan pasaran bon, mempercepat penyelarasan dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, menyediakan suasana pasaran yang adil untuk baik syarikat domestik mahupun syarikat asing yang diberi layanan sama dan dapat bersaing dengan adil, di samping meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan yang sah yang dimiliki pelabur asing.

Li Keqiang berkata, China akan menambah tanah baharu di Zon Perdagangan Bebas Perintis Shanghai (SHFTZ), mendorong pembinaan Zon Perdagangan Bebas Perintis Hainan dan meningkatkan penyelidikan dalam membina pelabuhan perdagangan bebas yang bercirikan China. Beliau menjangka, suasana pelaburan di China pasti akan menjadi semakin baik dan syarikat asing akan mendapat semakin banyak peluang pembangunan di China.  

王瑾