Telekom Mudah Alih Berkembang Pesat di Kemboja

2019-03-06 14:54:14  CRI
Share with:
Data terkini Lembaga Telekomunikasi Kemboja menunjukkan jumlah pengguna kad SIM mencatat 19.17 juta setakat Disember tahun lalu, manakala pengguna Internet mudah alih mencapai 12.54 juta atau 77.1% populasi negara itu.

Kepesatan perkembangan industri telekomunikasi mudah alih Kemboja kebelakangan ini dianggap mikrokosma sosioekonomi negara itu yang juga pantas berkembang.

Internet mudah alih telah mencipta satu kategori ekonomi yang baharu. Kini, e-bayar dan dompet elektronik menjadi mod pembayaran yang disukai warga bandar.

Pada masa ini, teknologi telekomunikasi mudah alih generasi kelima (5G) dilihat sebagai lambang bagi revolusi keempat industri dan teknologi maklumat.

Pada Persidangan Telekomunikasi Dunia 2019 di Barcelona, Sepanyol hujung bulan lepas, Menteri Pos dan Telekomunikasi Kemboja, Tram Iv Tek menyatakan Kemboja sedang bersiap sedia untuk menjadi negara ASEAN pertama yang menggunakan teknologi 5G.  
覃淼