Undang-Undang Pelaburan Asing, Jaminan Keterbukaan Lebih Tinggi

2019-03-09 16:09:08  CRI
Share with:

Syarikat Airbus baru-baru ini mengumumkan pelancaran pusat inovasi di Shenzhen, China iaitu satu-satunya pusat inovasi syarikat itu di rantau Asia. Pusat itu akan memanfaatkan kelebihan tenaga profesional, teknologi dan rakan kongsi tempatan bagi meningkatkan daya inovasi syarikat itu agar membina masa depan industri penerbangan yang lebih cemerlang.

Langkah Airbus tersebut disifatkan sebagai tafsiran bagi keterbukaan pusingan baharu China yang bertaraf lebih tinggi. Dalam konteks jumlah pelaburan rentas sempadan dunia menurun 19% pada tahun 2018, jumlah pelaburan asing di China mencatatkan peningkatan sebanyak 3%. Trend tersebut diteruskan pada tahun ini. Menurut statistik Kementerian Perdagangan China, jumlah penggunaan pelaburan asing di negara ini pada Januari lalu meningkat 4.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pelaburan Amerika Syarikat (AS) dan Belanda di China menampakkan momentum peningkatan kuat, yang masing-masing mencatat 124.6% dan 95.6%. 

Pemulihan ekonomi sejagat masih perlahan, namun China tidak pernah berhenti langkah dalam memperkasakan keterbukaan pusingan baharu bagi mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi. 

Rang Undang-Undang Pelaburan Asing sedang dibahaskan oleh lebih 2,900 orang wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) sempena persidangan tahunan di Beijing. Penyusunan undang-undang tersebut bertujuan untuk menggalakkan pelaburan asing, melindungi hak dan kepentingan pelabur asing, membina iklim perniagaan berasaskan undang-undang yang mudah dan bertaraf antarabangsa, agar menjamin keterbukaan pusingan baharu negara ini.
 
China mempertahankan prinsip terbuka dan telus, menyelaraskan keadaan di China dengan peraturan antarabangsa, dan sama rata bagi pelaburan tempatan dan asing, ketika menyusun undang-undang tersebut. Rang itu dibuat bukan sahaja berasaskan cadangan kerajaan, institusi pengajian dan wakil NPC, malah merumuskan pandangan orang awam dan ahli perniagaan asing di China.
 
Unsur ketidaktentuan ekonomi sejagat terus meningkat pada masa ini. Walau bagaimanapun situasi politik dan masyarakat di China stabil. China mempunyai rangkaian perindustrian yang paling lengkap di dunia. Undang-undang Pelaburan Asing diyakini dapat menjadi jaminan bagi syarikat asing mencapai pembangunan yang lebih besar.

徐国玮