Sidang Pleno Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 CPPCC Fokuskan Pembangunan Ekonomi Tamadun Ekologi

2019-03-10 15:37:52  CRI
Share with:

Sidang pleno kedua Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam. Sebanyak 14 anggota CPPCC menyampaikan ucapan tentang pembangunan ekonomi dan tamadun ekologi dalam sidang tersebut.

Anggota Yang Weimin menyatakan, ekonomi China mengekalkan pertumbuhan mampan, walaupun berdepan tekanan ke bawah. Dengan pimpiman Parti Komunis China (PKC), langkah inovasi di pasaran, dan usaha bersunguh-sungguh rakyat seluruh negara, China pasti akan melakar masa depan yang lebih cemerlang.

Anggota Lin Yifu mewakili tokoh-tokoh tidak berparti menyatakan, dunia sekarang berdepan dengan perubahan yang amat besar. Beliau berpendapat, tumpuan utama harus diberi untuk memperkasakan pembaharuan dengan tepat dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang bermutu tinggi.

胡星