BRI Perluas Prospek Kerjasama

2019-03-11 14:40:56  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membawa banyak manfaat kepada Thailand dan negara ASEAN lain, di samping menjanjikan prospek lebih luas bagi kerjasama antara Thailand dengan China.

Demikian ujar Duta Besar Thailand ke China, Piriya Khempon dalam satu temu bual baru-baru ini, mengulas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC). 

Beliau berkata, sains dan teknologi kini dimanfaatkan bagi menaiktarafkan ekonomi China yang sedang menempuh tempoh transformasi.

Sepuluh negara ASEAN telah menggariskan rancangan kesalinghubungan melibatkan infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan dan lapangan terbang. Dilihat secara makro, BRI memberi sokongan kewangan untuk menyempurnakan infrastruktur di rantau berkenaan.

张哲