BRI Fokus Sidang CPPCC

2019-03-11 14:36:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500019_1_9500019_1_1_e674c501-dbc0-435a-9590-bd988e34decb

Menggalakkan kemajuan dalam projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), fokus sidang tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC). 

Presiden Kumpulan Pedagang China, Li Jianhong selaku anggota CPPCC, berkata zon kerjasama ekonomi dan perdagangan di negara-negara BRI simbol keterbukaan China serta kerjasama saling untung negara ini dengan dunia.

Penubuhan zon berkenaan yang kini masih pada fasa percubaan, sedang mengalami transformasi dan penaiktarafan.

Profesor Zhang Zhanbin dari Akademi Pentadbiran Negara menyarankan supaya kerajaan dan institusi kewangan menggubal polisi bagi membantu syarikat China di seberang laut mengatasi masalah pembiayaan.

Wang Jianyi, pengasas Kumpulan Futong, pembekal produk kabel gentian optik pula mencadangkan penggubalan undang-undang bagi menstandardkan aktiviti pelaburan di seberang laut dan melindungi kepentingan syarikat domestik.

张哲