China Perkasa Usaha Cegah Pencemaran

2019-03-12 15:06:04  CRI
Share with:

China akan terus memperkasakan usaha mencegah pencemaran, membaik pulih sistem ekologi dan memajukan industri hijau. 

Demikian ujar Menteri Persekitaran Ekologi China, Li Ganjie dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing semalam.

Beliau menyatakan sebagai negara membangun paling besar, China aktif mengambil bahagian dalam tadbir urus iklim global. 

Berbanding 2015, jumlah pelepasan karbon per unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah menurun 45.8% pada tahun lepas. Kemajuan itu dua tahun lebih awal daripada matlamat yang ditetapkan sebelum ini. 

Katanya, sistem perdagangan pelepasan karbon yang telah beroperasi di seluruh negara akan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menangani perubahan iklim. 

张哲