Laporan Kerja Kerajaan China Jadi Tumpuan

2019-03-13 15:50:03  CRI
Share with:

Laporan kerja kerajaan China yang dibentangkan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) menjadi tumpuan  pakar dan media ASEAN, yang menilai tinggi pencapaian cemerlang negara ini dalam pembangunan.

Pengasas Kumpulan Kajian Strategik BRICS Filipina, Herman Laurel  memuji kejayaan China membawa ratusan juta rakyat keluar dari belenggu kemiskinan dalam tempoh 40 tahun lalu, pencapaian yang dikatakan sumbangan besar kepada usaha serupa sejagat.

Ketua Pengarah agensi berita Khaosan Pathet Lao (KPL), Sounthone Khanthavong berkata pentadbiran di sisi undang-undang secara menyeluruh meletakkan asas bagi pembangunan jangka panjang yang stabil di China, suatu pengalaman yang boleh dijadikan rujukan kepada negara lain.

 

Profesor Madya Wang Jiangyu dari Universiti Kebangsaan Singapura pula berkata, pembaharuan sistem pemantauan adalah hasil usaha China menginstitusikan kempen memerangi rasuah dan pembenarannya di sisi undang-undang.
张哲