Turun Cukai Langkah Positif

2019-03-13 14:49:26  CRI
Share with:
Kerajaan China menyasarkan kutipan cukai dan caruman jaminan sosial bagi syarikat dikurangkan hampir RMB2 trilion (RM1.2 trilion) tahun ini. 

Langkah itu dianggap akan meningkatkan keyakinan terhadap pembangunan ekonomi sebenar, merangsang penaiktarafan industri tradisional dan menyumbang kepada pertumbuhan mampan. 

Pakar dari Universiti Penyelidikan Sekolah Ekonomi Tinggi Rusia, Alexei Maslov berkata cukai lebih rendah membantu menjana potensi pasaran domestik.

Pengurus kanan Asia Pasifik agensi Perdagangan dan Pelaburan Jerman (GTAI), Christina Otte pula berpendapat penurunan kutipan cukai menjanjikan pertumbuhan ekonomi dari dua aspek iaitu menambah keuntungan dan pelaburan syarikat, menurunkan harga barangan sekali gus merangsang penggunaan. 

Data berkenaan menunjukkan, penurunan cukai nilai tambah industri pembuatan pada kadar 3% boleh menyumbang kepada peningkatan RMB600 bilion (RM366 bilion) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China.

张哲