Pendidikan di Tibet Makin Maju

2019-03-13 11:40:25  CRI
Share with:

Pendidikan di Wilayah Autonomi Tibet, China mencapai kemajuan ketara dengan sokongan kewangan kerajaan setiap tahun. 

Demikian dinyatakan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Zhaxi yang merupakan seorang guru bahasa Tibet di Sekolah Rendah Pertama Changdu.

Beliau berkata, sekolahnya hanya mempunyai lapan guru dan 108 murid semasa baru ditubuhkan 29 tahun lalu. Sekarang terdapat 155 guru dan 2,112 murid di sekolah itu, yang dilengkapi  pelbagai kemudahan termasuk bilik audio, komputer dan perpustakaan.

Selain menyediakan pendidikan wajib secara percuma, kerajaan juga menanggung kos makan, penginapan dan pembelajaran untuk pelajar dari keluarga petani dan penternak di Tibet. 

张哲