Ekonomi China Rekod Permulaan Stabil

2019-03-13 12:55:06  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_50e460c4-97ff-4d49-812f-1804bca6d6dc

Ekonomi China merekodkan permulaan stabil pada dua bulan pertama tahun ini, dengan momentum yang semakin baik.

Perkembangan ini dimaklumkan naib ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Ning Jizhe pada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing semalam.

Beliau yang juga ketua Biro Statistik Negara (NBS) menyatakan sektor pertanian dan perindustrian terus stabil, sementara perkhidmatan mengekalkan pertumbuhan.Prestasi serupa dilihat dalam perdagangan luar, yang menyaksikan jumlah import dan eksport komoditi meningkat 0.7% berbanding masa sama tahun lalu.

Pada beberapa tahun ini, penggunaan telah menjadi penjana utama pertumbuhan ekonomi China.Ning berkata, penggunaan dalam sektor perkhidmatan meningkat lebih pesat daripada penggunaan komoditi, dengan kadar di luar bandar melebihi bandar.

Mod penggunaan baharu yang menggabungkan perkhidmatan secara dalam talian dan luar talian berkembang pantas.  

张弘