Undang-undang Pelaburan Asing Kukuh Keyakinan

2019-03-13 11:14:34  CRI
Share with:

Undang-undang pelaburan asing akan memperkukuh keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di China, sekali gus membantu mencipta iklim pasaran yang lebih stabil, telus, boleh jangka dan adil.

Rang undang-undang yang diserahkan untuk dibahaskan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) langkah untuk melengkapkan dan menginovasi sistem perundangan mengenai pelaburan asing.

Antara kandungan penting termasuk membentuk sistem pengurusan model baharu berhubung layanan nasional sebelum akses berserta senarai negatif.

Para anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari lingkungan swasta berpendapat syarikat domestik akan mendapat faedah daripada undang-undang baharu itu. Mereka yakin mampu menghadapi pelbagai cabaran.

张弘