Langkah Konkrit China Tumpuan Thailand

2019-03-14 11:11:09  CRI
Share with:

Kerajaan Thailand memberi tumpuan pada langkah-langkah konkrit yang diperkenalkan China, kata Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam mengulas  persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Beliau menyatakan dasar-dasar baharu  China mengenai ekonomi pasti akan membawa impak kepada Asia, bahkan dunia. Hala tuju ekonomi China menjadi tumpuan sejagat.

Menyentuh draf Undang-undang Pelaburan Asing yang menjadi fokus perbincangan dua persidangan itu, Wissanu berkata pelaburan China di Thailand makin cepat berkembang. Undang-undang baharu China boleh menjadi rujukan bagi penggubalan undang-undang serupa di Thailand.

张哲