Tetap Optimistik Walau Propek Global Suram

2019-03-16 13:48:55  CRI
Share with:

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China yang melabuhkan tirai semalam diwarnai suasana optimistik dengan pelbagai saranan dan pelan pelaksanaan dikemukakan, meskipun pertumbuhan ekonomi global dijangka suram.

Dalam taklimat media semalam, Perdana Menteri Li Keqiang menegaskan semula bahawa  operasi ekonomi dapat kekal pada julat munasabah hingga mewujudkan pembangunan berkualiti. 

Momentum dipacu inovasi menjadi enjin baharu pembangunan ekonomi China, yang bukan sahaja akan terus menambah baik kesejahteraan rakyat malah membawa limpahan peluang saling untung kepada dunia.

Akhbar The Washington Post menumpukan kenaikan 18% indeks komposit bursa saham China sejak bermulanya tahun baharu, kadar tertinggi bagi mana-mana dua bulan pertama sejak 2000. 

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji langkah China mengurangkan cukai dan bayaran, dengan menyatakan rangsangan ekonomi berorientasikan penggunaan domestik akan membawa kepada pertumbuhan berkualiti.

Syarikat multinasional pula peka kepada peluang perniagaan baharu. Satu tinjauan media mendapati syarikat-syarikat tersebut menunjukkan hasrat kuat untuk membuat pelaburan di China, khususnya melibatkan Internet Benda (IoT) dan industri data besar yang dipercayai akan berkembang pesat.


PM Li menyatakan China bersikap terbuka dan teliti terhadap model perniagaan baharu, bersedia membetulkan sebarang masalah yang timbul. Kerajaan komited menggalakkan akses dan penyeliaan yang lebih adil, di samping memberi ruang lebih besar kepada perintis keusahawanan dan mencipta suasana kondusif bagi pembangunan syarikat. 

Sesetengah negara hanya melihat kemajuan industri China sebagai saingan, namun  mereka yang bervisi pasti sedar dan merebut peluang baharu yang dibawa pembangunan berkualiti negara ini.

 

张弘