Undang-undang Pelaburan Asing Boleh Jadi Rujukan

2019-03-16 13:47:43  CRI
Share with:

Undang-undang Pelaburan Asing China diluluskan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada 15 Mac. Sistem pengurusan model baharu berhubung layanan nasional sebelum akses berserta senarai negatif, kandungan yang paling menarik perhatian.

Sebelum ini,  sesetengah media Barat mengulas bahawa undang-undang itu hanyalah rangka tanpa butiran pelaksanaan. Pandangan tersebut disangkal Profesor Madya Wang Jiangyu dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). 

Wang selaku pakar undang-undang ekonomi antarabangsa menjelaskan, adalah memadai peraturan mengenai layanan nasional sebelum akses ditetapkan kerana undang-undang domestik relevan bagi pengurusan pelaburan asing selepas akses.

Dr. Oh Ei Sun dari Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Malaysia berpendapat seiring dengan  semakin rapatnya hubungan perdagangan, persefahaman antara China dengan ASEAN semakin meningkat. Pengalaman China dalam perlindungan pelabur asing boleh ditimba negara-negara Asia Tenggara.

张弘