Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Pengerusi Majlis Kebudayaan dan Hubungan Thailand-China, Pinij Jarusombat memberi tumpuan terhadap sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang berakhir di Beijing Jumaat lalu.
Beliau menyatakan banyak maklumat dikeluarkan dalam dua persidangan itu termasuk pencapaian kerja kerajaan, dasar makro dan rancangan pembangunan.
Pinij yang sentiasa memberi perhatian terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berkata, BRI telah banyak kali disebut dalam laporan kerja kerajaan tahun ini dan juga menjadi fokus wartawan asing. BRI selaku inisiatif berperingkat dunia bakal memberi pengaruh penting kepada Thailand, bahkan seluruh dunia. Program kerjasama yang berorientasikan BRI termasuk landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR), lagostik merentasi sempadan, lapangan terbang dan pelabuhan serta e-dagang akan membawa manfaat berlimpahan kepada semua.