Palang Pracharath Terdepan dalam Kiraan Undi

2019-03-25 14:43:42  CRI
Share with:

Parti Palang Pracharath yang dipimpin perdana menteri sekarang, Prayuth Chan-ocha, mendahului parti-parti lain dalam kiraan undi bagi pilihan raya Dewan Perwakilan Thailand yang diadakan semalam.

Setakat pukul 10 malam semalam, parti itu telah memperoleh kira-kira 7.5 juta undi, diikuti Parti Pheu Thai dengan 7.04 juta undi dan Parti Anakhot Mai, 5.16 juta. 

Parti paling lama, Parti Demokratik di tempat keempat dengan 3.19 juta undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akan mengumumkan keputusan tidak rasmi hari ini, disusuli keputusan rasmi pada 9 Mei.

徐国玮