Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengumumkan kiraan awal melibatkan 95% undi bagi memilih anggota Dewan Perwakilan petang Ahad lalu.
Parti Pheu Thai yang mempunyai kaitan rapat dengan bekas perdana menteri Thaksin dan Yingluck Shinawatra, terdepan selepas memperoleh 137 daripada 350 kerusi Dewan Perwakilan.
Parti Palang Pracharath yang menyokong Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha pula di tempat kedua dengan 97 kerusi.
Kedua-dua parti tersebut tidak layak membentuk kerajaan sendiri kerana gagal merebut lebih separuh kerusi Dewan Perwakilan. Bagaimanapun tiada sebab dan asas untuk dua parti tersebut bekerjasama, maka mereka perlu mencari jalan lain untuk menyelesaikan isu pembentukan kabinet.
Menurut Perlembagaan, parti yang memperoleh kerusi paling banyak diberi keutamaan untuk membentuk kabinet. Ini bermakna Parti Pheu Thai perlu bekerjasama dengan parti lain untuk mencalonkan perdana menteri, satu cabaran bagi parti tersebut.