Wakil kerajaan Myanmar dan lapan kumpulan bersenjata tempatan yang belum menandatangani perjanjian gencatan senjata, telah mencapai persetujuan untuk meredakan konflik dan menjaga kedamaian.
Perkara itu dimaklumkan wakil semua pihak terlibat dalam satu pengumuman bersama yang dibuat di Naypyitaw baru-baru ini.
Song Qingrun, pakar China yang mengkaji isu Myanmar mengulas bahawa perkembangan tersebut kondusif bagi rundingan selanjutnya, juga satu langkah ke arah mencapai perjanjian gencatan senjata di seluruh negara itu.
Lapan kumpulan berkenaan kebanyakannya aktif di wilayah Shan dan Kachin di utara Myanmar. Politik, tentera, ekonomi dan sumber asli dianggap antara punca konflik.