Semua Pingat Kehormat Thaksin Ditarik Balik

2019-03-31 16:07:15  CRI
Share with:

Raja Thailand Maha Vajiralongkorn memutuskan untuk menarik balik semua pingat dan anugerah kepada mantan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, kerana tindakannya yang mengelakkan diri daripada tindakan perundangan.

Menurut pengumuman raja itu, Thaksin dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah agung Thailand. Tindakan mantan perdana menteri yang mengelakkan daripada hukuman itu adalah amat tidak wajar. Oleh itu, semua pingat dan anugerah kepada Thaksin ditarik balik.

Dalam perkemgangan berkaitan, nama Thaksin juga dimansuhkan daripada senarai alumni oleh Suruhanjaya Alumni Sekolah Askar Simpanan Thailand pada 26 Mac lalu, berikutan pangkat polisnya telah dipecat pada tahun 2015.

Thaksin Shinawatra menyandang Perdana Menteri Thailand dari 2001 hingga 2006, lari ke luar negara selepas digulingkan oleh pihak tentera pada 2006. Pada Oktober 2008, Thaksin dihukum penjara dua tahun dalam kes pembelian tanah secara haram.

 

梁靓