Duterte Umum BARMM Ditubuhkan

2019-04-02 14:32:43  CRI
Share with:
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengumumkan penubuhan Wilayah Autonomi Bangsamoro Muslim Mindanao (BARMM) pada 29 Mac bagi menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM). 

Dalam satu majlis di Cotabato, Duterte menyatakan penubuhan wilayah tersebut akan membawa semula ketenteraman kepada selatan negara.

BARMM seluas kira-kira 12.7 ribu kilometer persegi dengan populasi lebih 4 juta. 

Pentadbir wilayah itu  dicalonkan bersama kerajaan Filipina dan dua kumpulan bersenjata terbesar iaitu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan  Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Berbanding wilayah lain, BARMM diberi autonomi lebih besar dari segi pentadbiran, perundangan, kehakiman, kewangan dan percukaian.  Wilayah itu bagaimanapun tidak dibenarkan memiliki tentera dan polis sendiri.     
梁靓