Vietnam Sasar Negara Pertanian Maju

2019-04-04 13:49:54  CRI
Share with:

Vietnam mahu mengetengahkan diri antara 15 negara paling maju dari segi pertanian dalam tempoh sedekad akan datang.

Pada 2018, jumlah eksport produk pertanian Vietnam mencatat USD40 bilion (RM163 bilion), meningkat 9.6% berbanding 2017 dengan kualiti lebih tinggi. 

Pada tahun ini, Vietnam menyasarkan jumlah eksport produk pertanian antara USD42 bilion (RM171 bilion) hingga USD43 bilion (RM175 bilion).

Untuk itu, pelbagai langkah bagi meneroka potensi pasaran seberang laut akan diperkenalkan, yang turut membantu mengubah suai struktur dan memodenkan pertanian. 

张哲